Mohd Na'im Mokhtar | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Menyandang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dr. Zulkifli Hasan (sejak 12 Disember 2023) |
Didahului oleh | Idris Ahmad |
Ketua Hakim Syarie ke-4 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia | |
Dalam jawatan 26 Mac 2019 – 2 Disember 2022 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Muhyiddin Yassin Ismail Sabri Yaakob |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Na'im bin Mokhtar 25 November 1967 Kampung Baru, Kuala Lumpur, Selangor (kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) |
Pasangan | Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail |
Anak | 3 |
Pendidikan | Kolej Islam Sultan Alam Shah |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Bidang pengkhususan | Hakim dan Peguam |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar (lahir 25 November 1967) adalah Mantan Ketua Pengarah merangkap Mantan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.[1]. Beliau telah menerima watikah perlantikan sebagai Senator Dewan Negara daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia bermula Disember 2022.[2]
Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Setia Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.