Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mokhtar Dahari

Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari[1] DSSA DIMP AMN (13 November 1953 – 11 Julai 1991)[2] ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.[3][4][5]

Beliau diberikan jolokan "Supermokh"[6] kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[7][8][9] Kata-kata terkenal beliau ialah "Hidup dan Matiku hanyalah untuk Selangor!" dan "Tiap-tiap pemain harus mempunyai semangat yang tinggi dan harus memikirkan yang mereka ini mewakili negara. Dan sekiranya apa terjadi (keputusan teruk) nama negara akan terjejas.".[10]

Mokhtar menjaringkan 351 gol dan 134 assist untuk Selangor.[11] Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89 gol dan 15 assist (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.[12][13][14][15] Rekod ini diiktiraf secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang disenarai ke dalam 'FIFA Century Club'.[16]

  1. ^ Mokhtar Dahari julang nama Malaysia di arena antarabangsa, MStar, Rabu- 16 September 2009, Susunan oleh SHAHRIL ADZRIN
  2. ^ "Mokhtar Dahari meninggal", Harian Metro, 11 Julai 1991.
  3. ^ Zinnitulniza 2013, m/s. 1.
  4. ^ Samantha Khor (3 February 2016). "Road To Moscow 1980: The True Story Of Malaysia's Football Team That Inspired 'Ola Bola'". Says.com. Dicapai pada 18 July 2018.
  5. ^ Eric Samuel (31 August 2017). "Halcyon days of Malaysian football". The Star. Dicapai pada 18 July 2018.
  6. ^ Mokhtar Dahari: The Untold Truth About Selangor Legend (SuperMokh)
  7. ^ Mokhtar Dahari vs. Maradona (1982) - Arkib Negara
  8. ^ "Mokhtar Dahari: The Untold Truth About Selangor Legend (SuperMokh)". selangormalaysia.com. Dicapai pada 18 July 2018.
  9. ^ Alan Teh Leam Seng (14 July 2018). "Supermokh: Remembering our greatest footballer". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2018.
  10. ^ PESANAN LAGENDA NEGARA ALLAHYARHAM MOKHTAR DAHARI KEPADA PEMAIN MEWAKILI NEGARA - TV 3, 1987.
  11. ^ Zainal, Zulhilmi (19 June 2013). "Malaysian Football Legends: Mokhtar Dahari". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2021. Dicapai pada 30 June 2021.
  12. ^ Mohamed Mokhtar Dahari – Century of International Appearances - RSSSF, 21 Januari 2021.
  13. ^ "The joint-9th top men's scorer!" (dalam bahasa Inggeris). FIFA. 29 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2021. Dicapai pada 8 July 2021.
  14. ^ "Mokhtar pernah jadi penjaring terbanyak dunia". Syafiq Aznan. Berita Harian. 24 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2021. Dicapai pada 24 June 2021.
  15. ^ "The 10 all-time men's international top scorers". Gary Parkinson (dalam bahasa Inggeris). FourFourTwo. 26 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2021. Dicapai pada 26 June 2021.
  16. ^ FIFA Century Club - FIFA, 04 Mei 2021.

Previous Page Next Page