Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Mubah


Mubah atau harus adalah salah satu daripada hukum Islam.

Mubah adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.

Namun perkara-perkara mubah juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara mubah itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala. Misalnya, seseorang yang membaca doa sebelum dan sesudah makan dan minum serta berniat untuk mengharapkan makanan yang dimakannya itu dapat memberi faedah kepadanya dan memakan dengan cermat dan tidak bergopoh-gapah sudah tentu orang itu mendapat pahala sunat kerana berdoa adalah perkara sunat dan memakan dengan baik adalah cara makan Rasulullah.

Perkara Mubah juga boleh menjadi haram atau makruh sekiranya melakukan tanpa etika sebagai seorang Islam yang baik misalnya, orang Islam yang memakan atau minum secara berlebih-lebihan serta gelojoh adalah perbuatan yang tidak baik serta boleh jatuh haram sekiranya makan dengan makanan dari sumber yang haram ataupun makan sehingga boleh membahayakan kesihatan dirinya.



Previous Page Next Page






مباح Arabic Mübah AZ Мөбәх BA Mubah BCL মুবাহ Bengali/Bangla Mubah BS موباح CKB Mubah English مباح FA מובאח HE

Responsive image

Responsive image