Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Muhammad Iqbal

Muhammad Iqbal (1933)

Sir Muhammad Iqbal (Urdu: محمد اقبال‎) (November 9, 1877 – April 21, 1938), juga dikenali sebagai Allama Iqbal (علامہ اقبال), ialah seorang ahli falsafah, pemuisi dan ahli politik[1] di India British yang dianggap umum sebagai pengilham Pergerakan Pakistan. Beliau dikira seorang daripada tokoh terkemumuka dalam sastera Urdu,[2] dan berkarya dalam bahasa-bahasa Urdu dan Parsi.[1][2]

Iqbal disanjung sebagai seorang pemuisi klasikal bukan sahaja oleh para sarjana Pakistan, tetapi juga para sarjana India, Iran dan negara-negara lain.[3][4] Walaupun Iqbal lebih dikenali sebagai seorang penyair terkenal, namun beliau juga adalah seorang yang sangat terkenal "pemikir falsafah Islam zaman moden".[1][4] Buku puisi pertama beliau, Asrar-e-Khudi (Rahsia Diri), tampil dalam bahasa Parsi pada tahun 1915. Buku-buku puisi lain termasuk Rumuz-i-Bekhudi, Payam-i-Mashriq dan Zabur-i-Ajam. Antara kerja-kerja puisi beliau, karya bahasa Urdu yang paling terkenal ialah Bang-i-Dara, Bal-i-Jibril, Zarb-i Kalim (Tongkat Musa) dan sebahagian daripada Armughan-e-Hijaz (Hadiah dari Hijaz).[5]

Di Iran dan Afghanistan, beliau terkenal sebagai Iqbāl-e Lāhorī (اقبال لاهوری‎) (Iqbal dari Lahore), dan beliau amat diminati buat karya bahsa Parsinya.[6] Selain daripada puisi Urdu dan Parsi, syarahan dan persuratan Iqbal dalam bahasa Urdu dan Inggeris juga berpengaruh dalam pertikaian sosial, keagamaan dan politik.[5]

  1. ^ a b c "Allama Muhammad Iqbal Philosopher, Poet, and Political leader". Aml.Org.pk. Dicapai pada 2012-03-02.
  2. ^ a b Anil Bhatti. "Iqbal and Goethe" (PDF). Yearbook of the Goethe Society of India. Dicapai pada 2011-01-07.
  3. ^ "Leading News Resource of Pakistan". Daily Times. 28 May 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-28. Dicapai pada 2011-01-07.
  4. ^ a b Iqbal Academy Pakistan
  5. ^ a b "Allama Iqbal – Biography" (PHP). 26 May 2006. Dicapai pada 2011-01-07. |first= missing |last= (bantuan)
  6. ^ Schimmel, Annemarie (1962). Gabriel's wing: a study into the religious ideas of Sir Muhammad Iqbal. Brill Archive. m/s. 34–45.

Previous Page Next Page