YB Tuan Muhammad Ismi Mat Taib AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Parit, Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Nizar Zakaria |
Majoriti | 2,155 (PRU-15) |
Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation | |
Dalam jawatan 14 Mei 2020 – 11 November 2021 | |
Didahului oleh | Yeaw Kok Kwey |
Digantikan oleh | Haniza Mohamed Talha |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Selboh, Parit, Perak, Malaysia | 24 Mei 1974
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Tempat belajar | Sarjana di Universiti Malaya Sarjana muda di Universiti Jordan |
YB Tuan Muhammad Ismi Mat Taib ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.[1][2].
Beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation pada 14 Mei 2020[3].