Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Muhammad Ramli Nuh

Haji
Muhammad Ramli Bin Haji Nuh
AMZ, PJK (Terengganu)
محمد رملي بن نوح
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
bagi Tepuh
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Abu Bakar Abdullah
Digantikan oleh Hishamuddin Abdul Karim
Majoriti430 (PRU-12)
773 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1966-07-30) 30 Julai 1966 (umur 58)
Terengganu Wakaf Mensira, Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik UMNO
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
Laman webDUN Terengganu
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "Monarch"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "Sultan"

Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh (lahir 30 Julai 1966) adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tepuh, Terengganu. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu. Sebelum itu, beliau merupakan bekas pegawai Kadi daerah Marang. Beliau telah dilahirkan di Kampung Wakaf Mesira pada 30 Julai 1966. Pada peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO bahagian Kuala Nerus.

Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Syariah dan Undang-Undang dari Fakulti Pengajian Islam. Beliau kini telah berkahwin dan mempunyai 5 cahaya mata. Beliau amat disenangi oleh semua golongan dan berjiwa rakyat.[1] Ustaz Muhammad Ramli telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tepuh dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Beliau mendapat undi sebanyak 7,583 undi menewaskan penyandang sebelumnya iaitu Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 774 undi.[2] Dalam pilihan raya yang ke-12, Ustaz Muhammad Ramli mempertahankan kerusi tersebut dengan sekali lagi menewaskan calon dari PAS, Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 430.[3]


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image