Muhyiddin Yassin | |
---|---|
محيي الدين ياسين | |
![]() | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pagoh, Johor | |
Menyandang jawatan 8 Julai 1978 (46 tahun dan 7 bulan) | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
![]() | |
Digelar sebagai Bapa Pemulihan باڤ ڤموليهن | |
Dalam jawatan 1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 (Sementara : 16 Ogos 2021 – 21 Ogos 2021) (1 tahun, 5 bulan dan 15 hari) | |
Raja | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Pemangku Pengerusi Bersatu | |
Dalam jawatan 24 Februari 2020 – 23 Ogos 2020 | |
Presiden | dirinya sendiri |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Timbalan Presiden UMNO | |
Dalam jawatan 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 | |
Presiden | Najib Razak |
Naib Presiden | Ahmad Zahid Hamidi Mohd Shafie Apdal Hishammuddin Hussein |
Didahului oleh | Najib Razak |
Digantikan oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Presiden Bersatu | |
Menyandang jawatan 7 September 2016 | |
Timbalan Presiden | Ahmad Faizal Azumu |
Naib Presiden | Abdul Rashid Abdul Rahman Abdul Rashid Asari Hamidah Osman Ronald Kiandee Mohd Radzi Md Jidin Mohd Rafiq Naizamohideen |
Didahului oleh | Kedudukan Ditetapkan |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan | |
Dalam jawatan 1983–1986 | |
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | |
Dalam jawatan 2008–2009 | |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | |
Dalam jawatan 2009–2015 | |
Timbalan Perdana Menteri ke-10 | |
Dalam jawatan 2009–2015 | |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 2009–2015 | |
Menteri Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara | |
Dalam jawatan 2021–2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 15 Mei 1947 Muar, Johor, Malayan Union (Kini Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (sejak 2020) Pakatan Harapan (2017–2020) Barisan Nasional (1974–2016) Parti Perikatan (1971–1974) |
Pasangan | Noorainee Abdul Rahman (k. 1972) |
Anak | 4 |
Kediaman | Bukit Damansara Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tandatangan | ![]() |
Laman web | TSMY Official Facebook Page |
Yang Berhormat[5][6] Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Jawi: محيي الدين بن محمد ياسين , IPA: IPA: [muhjɪddɪn bɪn ˈmuɦɑmmæd jɑ̀ssɪn]; dilahirkan pada 15 Mei 1947 sebagai Mahiaddin bin Md Yasin)[7] merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Susulan peletakan jawatannya, beliau menjawat jawatan sebagai caretaker Perdana Menteri Malaysia dari 16 sehingga 21 Ogos 2021, di mana kemudiannya Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Pada September 2021, beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.[8]
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi Pagoh, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan dari 2016 sehingga 2020 dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2009 sehingga 2015, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, parti komponen utama Barisan Nasional (BN) dari 2009 hingga 2016.
Beliau dibesarkan di negeri Johor Darul Ta'zim dan menyertai perkhidmatan awam negeri selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya. Beliau memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan negeri.
Pada tahun 1978, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Pagoh. Selepas tiga tahun dilantik sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Luar Negeri, seterusnya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kemudian Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri I. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor untuk dua penggal dari tahun 1986 hingga 1995.
Beliau kembali ke politik persekutuan pada 1995 dan dilantik ke Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia selepas pilihan raya umum Malaysia 1999 dan menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2000. Di bawah pemerintahan utama Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008) dan kemudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).
Pada 2008, beliau bertanding dan memenangi timbalan presiden UMNO dan telah dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pada 2009. Sebagai Menteri Pendidikan, Muhyiddin mengakhiri penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran untuk sains dan matematik di sekolah-sekolah awam. Beliau juga mencetuskan kontroversi selepas menggambarkan dirinya sebagai "Malay first" (har. Melayu dahulu) ketika dicabar oleh pembangkang untuk menyebut dirinya sebagai "Malaysian first" (har. orang Malaysia dahulu) Semasa penggal pertengahan rombakan Kabinet pada bulan Julai 2015, beliau digugurkan dari kedudukannya, menandakan penyandang pertama yang akan ditinggalkan;[9] pada Jun 2016 beliau dipecat daripada UMNO.[10] Pada 9 Mac 2023, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan oleh SPRM jam 1 petang [11] Pada 9 Mac 2023, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa pada 10 Mac 2023, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah atas kesalahan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). SPRM memaklumkan Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. [12]