Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
Usul al-Fiqh |
---|
Kaedah penetapan hukum Islam |
Sumber hukum |
Fiqah |
Hukum |
Gelaran |
|
Dalam Islam, mujaddid (Arab: مجدد , harfiah: pembaru) adalah seseorang yang dipercayai dihantar oleh Allah di awal setiap kurun Hijrah. Fungsi mujaddid ini ialah untuk memulihkan kembali Islam, menghilangkan unsur-unsur yang telah ditokok tambah dan mengembalikannya kepada keadaan asli. Mujaddid ini boleh jadi seorang khalifah, wali, ulama, cendekiawan ataupun seorang lain yang berpengaruh.
Ini disebut dalam hadith:
"Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama" (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)
Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan ortodoks hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam.