Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Muntah

Muntah
مونته
Lukisan orang sedang muntah (1681).
ICD-10R11
ICD-9787
MeSHD014839

Muntah (atau emesis dalam istilah perubatan) ialah tindakan mengeluarkan isi perut secara paksaan, melalui mulut atau hidung. Muntah ada pelbagai sebabnya, seperti gastritis atau keracunan, mahupun tumor otak ataupun tekanan intrakranium yang tinggi. Apabila seseorang menjadi loya atau mual, dia akan (tetapi tidak semestinya) muntah pada bila-bila masa. Antiemetik adakalanya perlu untuk menahan rasa loya atau muntah, manakala dalam kes-kes serius yang mana berlakunya penyahhidratan, pesakit harus diberi bendalir intravena untuk menggantikan isi padu bendalir.

Muntah adalah berbeza dengan jeluak, walaupun kedua-dua istilah tersebut dibuat seolah-olah sama makna. Jeluak (atau regurgitasi) ialah kembalinya makanan ke dalam esofagus hingga ke mulut, tanpa paksaan dan ketakselesaan yang dialami ketika muntah. Punca muntah dan jeluak itu adalah berbeza pada amnya.

Walaupun kita berasa geli dengan muntah, namun berdasarkan beberapa kajian, muntah juga mempunyai kebaikan tersendiri. Puak Zazuzi di Selatan Kalimantan dan Pontianak menjadikan muntah pasangan sebagai penawar bagi pelbagai penyakit dan menajdi ubat penawar bagi memberi semangat dan "mood booster".


Previous Page Next Page






تقيؤ Arabic Qusma AZ قوسما AZB Vīma BAT-SMG Pagsuka BCL Ірвота BE Повръщане Bulgarian বমি Bengali/Bangla Dislonkañ BR Povraćanje BS

Responsive image

Responsive image