Muzik Pop | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama asli | Pop-music |
Asalan gaya | Berbagai-bagai pengaruh, khususnya Rock 'n' Roll dan Ritma dan Blues |
Asalan budaya | Amerika Syarikat 1950-an |
Asal usul | Amerika Syarikat, United Kingdom |
Dicipta | 1950 |
Alat muzik tipikal | Gitar elektrik, Gitar bes, Dram, Papan nada, Pensintesis |
Sebahagian daripada | Muzik popular |
Subgenre | |
Pop Bubblegum - Muzik pop tradisional | |
Genre lakuran | |
Punk Pop - Rap Pop - Pop Power | |
Latar wilayah/serantau | |
Asia: Kantopop, Pop Mandarin, Pop India, J-pop, K-pop, String (Pop Thailand) - Eropah: Europop, Britpop, Nederpop - Amerika: Amerika Syarikat, Música Popular Brasileira | |
Topik lain | |
Budaya Pop - Pancaragam lelaki - Pancaragam wanita | |
sunting · sunting di Wikidata |
Muzik Pop ialah sejenis genre yang penting dalam muzik popular yang dibezakan daripada muzik klasikal atau muzik seni, serta daripada muzik rakyat. [1] Istilah ini menunjukkan sifat-sifat stilistik yang khusus, tetapi genre ini juga merangkumi seniman-seniman yang menggunakan banyak gaya, seperti rock, hip hop, ritma and blues (R&B), dan lagu rakyat Amerika. Oleh itu, "muzik pop" bolehlah dikatakan satu kategori yang fleksibel. Selain itu, istilah "muzik pop" juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rock lembut atau pop rock.