Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


ND Lala

Yang Hormat
Dato'

ND Lala
DIMP (Pahang)
Nama lahirAmir Amzah bin Salleh
Juga dikenali sebagai
ND Lala
Kelahiran (1961-04-09) 9 April 1961 (umur 63)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenreTradisional, Folk
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, pencipta lagu, penerbit album, pengacara TV, pelakon filem, drama TV, drama radio dan teater, penulis skrip drama dan filem, penulis skrip hiburan TV
Tahun aktif1982–kini
PasanganFauziah Sarman (k. 1989; c. 2023)
Anak-anak4 (termasuk Shila Amzah)

Dato' Amir Amzah bin Salleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala (lahir 9 April 1961) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal pada era 1980-an dan 1990-an menerusi muzik genre pop tradisional dan rakyat (folk). Beliau bergelar pengacara TV dan pelakon selain melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M. Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Dato' Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.

Dato' Amir Amzah Salleh atau ND Lala menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar Pekan, pada 24 Oktober 2018. Pengurniaan darjah kebesaran disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image