Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Nabi Adam


Adam
آدم
Nama Nabi Adam dalam tulisan khat
Terkenal keranaManusia pertama
PasanganHawa (حواء)
Anak-anakHabil Qabil Syith
(هابيل ,قابيل, شِيث)

Nabi Adam A.S. (Arab: نَبِيْ آدَمْ عَلَيْهِ السَّلَام) merupakan seorang nabi (utusan Allah) dan juga manusia pertama yang diciptakan Allah. Baginda juga digelar sebagai "bapa kepada seluruh manusia" dan isterinya, Hawa digelar sebagai "ibu kepada seluruh manusia". Baginda telah diutuskan kepada anak, cucu dan keturunannya bagi membimbing kehidupan mereka di bumi.

Menurut ajaran Islam, Nabi Adam telah diciptakan daripada tanah dan dihidupkan Allah. Baginda pada mulanya ditempatkan di syurga bersama isterinya. Mereka berdua telah diturunkan ke bumi setelah melanggar perintah Allah, iaitu memakan buah dari pokok yang terlarang.[1]

  1. ^ "Story of Prophet Adam (as) in Islam". My Islam (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-26.

Previous Page Next Page