Najwa Mahiaddin | |
---|---|
Kelahiran | Najwa binti Mahiaddin 26 April 1986 |
Nama lain | NJWA |
Pasangan | Idris Koh Keng Hui (k. 2015) |
Ibu | Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman |
Bapa | Tan Sri Dato' Dr. Haji Muhyiddin Yassin |
Keluarga | Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Alternatif, ritma dan blues, soul |
Pekerjaan | Penyanyi, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal, Piano |
Tahun aktif | 2011 - kini |
Syarikat rakaman | Nada Biru Muzik |
Pengkarya berkait | Imran Ajmain, Malique & monoloQue |
Laman sesawang | njwamusic |
Najwa binti Tan Sri Dato' Dr. Haji Mahiaddin (lahir 26 April 1986) atau NJWA (Jawi : نجوا) ialah seorang penyanyi dan penerbit rakaman kelahiran Malaysia.
Beliau menggunakan nama pentas, NJWA.[1] Selain itu, beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin[2][3]. Sepanjang kerjayanya, beliau telah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.[4]