Nancy Pelosi | |
---|---|
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat ke-52 | |
Dalam jawatan 3 Januari 2019 – 3 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Paul Ryan |
Digantikan oleh | Kevin McCarthy |
Dalam jawatan 4 Januari 2007 – 3 Januari 2011 | |
Didahului oleh | Dennis Hastert |
Digantikan oleh | John Boehner |
Dalam jawatan 3 Januari 2011 – 3 Januari 2019 | |
Timbalan | Steny Hoyer |
Didahului oleh | John Boehner |
Digantikan oleh | Kevin McCarthy |
Dalam jawatan 3 Januari 2003 – 3 Januari 2007 | |
Timbalan | Steny Hoyer |
Didahului oleh | Dick Gephardt |
Digantikan oleh | John Boehner |
Dalam jawatan 3 Januari 2003 – 3 Januari 2023 | |
Timbalan | Steny Hoyer |
Didahului oleh | Dick Gephardt |
Digantikan oleh | Hakeem Jeffries |
Ketua Pengelola Minoriti Dewan | |
Dalam jawatan 15 Januari 2002 – 3 Januari 2003 | |
Ketua | Dick Gephardt |
Didahului oleh | David Bonior |
Digantikan oleh | Steny Hoyer |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California | |
Menyandang jawatan 2 Jun 1987 | |
Didahului oleh | Sala Burton |
Kawasan pilihan raya |
|
Pengerusi Parti Demokrat California | |
Dalam jawatan 27 Februari 1981 – 3 April 1983 | |
Didahului oleh | Richard J. O'Neill |
Digantikan oleh | Peter Kelly |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nancy Patricia D'Alesandro 26 Mac 1940 Baltimore, Maryland, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Paul Pelosi (k. 1963) |
Anak | 5; termasuk Christine Pelosi dan Alexandra Pelosi |
Ibu bapa | Thomas D'Alesandro Jr. |
Saudara | Thomas D'Alesandro III (adik) |
Pendidikan | Universiti Trinity Washington (BA) |
Tandatangan | |
Laman web | Laman web Dewan |
Nancy Patricia D'Alesandro Pelosi (lahir 26 Mac 1940) merupakan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 serta dari tahun 2007 hingga tahun 2011. Beliau menjadi perwakilan Demokrat dari negeri California sejak tahun 1987.
Beliau merupakan wanita pertama menjawat sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Daerah kongres yang diwakili beliau iaitu daerah kongres ke-11 meliputi hampir keseluruhan San Francisco. Ketika Pelosi berkhidmat sebagai speaker, beliau berada di kedudukan kedua dalam turutan perwarisan jawatan Presiden Amerika Syarikat, selepas naib presiden.
Ketika pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat 2022, parti Republikan memperoleh majoriti di Dewan Perwakilan, mengakhiri pimpinan Pelosi sebagai Speaker. Beliau turut mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai ketua kaukus Demokrat dewan namun kekal sebagai ahli dewan perwakilan.[1]