Nargis / Narjis Dafodil | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Narcissus |
Subgenus, Spesies, Subspesies | |
Lihat teks. |
Nargis (Jawi: نرݢيس ), narjis (Jawi: نرجس), narsis atau dafodil ialah jenis bunga sebarang spesies yang tergolong dalam genus tumbuhan Narcissus famili Amaryllidaceae bertumpu awal di semenanjung Iberia[1] menyebar asal serata kawasan Mediterannean Eropah, Afrika Utara dan Asia.
Pengiraan spesies yang digolongkan dalam genus ini berbeza mengikut takrifan badan tertentu; setakat September 2014[kemas kini], Senarai Semakan Keluarga Tumbuhan Terpilih mendaftarkan sebanyak 52 spesies ditambahkan bersama sekurang-kurangnya 60 spesies kacukan manakala Persatuan Hortikultur Diraja British menyenaraikan 81 jenis pada Oktober tahun sama.[2]