Narkissos (Bahasa Yunani Kuno: Νάρκισσος , Nárkissos , Bahasa Latin dan bahasa Inggeris: Narcissus ) dalam mitologi Yunani ialah seorang pemburu dari Thespiae, Boeotia yang terkenal kerana kecantikan rupanya. Namun dia berperwatakan sangat angkuh dan sombong terhadap sesiapa yang mengagumi dirinya sehingga ada yang sanggup membunuh diri untuk membuktikan kejujuran kaguman mereka terhadap ketampanannya.
Figura ini merupakan asal dan pengambar kepada konsep narsisisme, yakni ketaksuban terhadap rupa atau penampilan diri sendiri.