Nasi beriani | |
---|---|
Nama alternatif | Biriyani, Biriani, Buriyani |
Jenis | Mixed rice dish |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Kawasan/rantau | India, Asia Selatan, Malaysia, Indonesia, Asia Tenggara, South Africa, Mauritius, dan United Kingdom |
Bahan utama |
|
Bahan yang biasa digunakan |
|
Berbeza-beza mengikut jenis kcal | |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi beriani (disebut (/bɜːrˈjɑːni/)) merupakan sejenis hidangan nasi campur yang berasal dari kalangan orang Islam di Asia Selatan. Nasi beriani terbuat daripada gabungan nasi bersama-sama dengan rempah ratus, sayur-sayuran dan beberapa jenis daging seperti daging ayam, lembu, biri-biri, kambing bahkan ikan dan udang.[1] Kadang-kadang, lauk telur dan potongan kentang dijadikan sebagai pengganti daging.[2]
Nasi beriani merupakan salah satu hidangan paling terkenal di Asia Selatan serta diaspora dari rantau ini. Hidangan yang serupa juga disediakan di bahagian lain dunia seperti di Iraq, Myanmar, Thailand, dan Malaysia.[3] Selain itu juga, nasi beriani juga merupakan hidangan yang paling banyak dipesan atau ditempah dalam perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan ke rumah dalam talian di India, dan telah dinobatkan sebagai hidangan paling terkenal secara keseluruhannya di India.[4][5]