Nasi Ulam | |
---|---|
Jenis | Hidangan nasi |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Malaysia,selatan Thailand dan Indonesia |
Dicipta oleh | Kedah |
Bahan utama | nasi , isi ikan goreng , kacang gajus , daun kaduk , daun tenggek burung , daun asam gelugur , serai |
Keragaman/variasi | Nasi kerabu dan Nasi lemuni |
sunting · sunting di Wikidata |
Nasi ulam (ناسي اولم) adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia , selatan Thailand dan Indonesia. Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.