Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Neelofa

Neelofa
Neelofa di studio MeleTOP pada Oktober 2016.
Kelahiran
Noor Neelofa binti Mohd Noor

(1989-02-10) 10 Februari 1989 (umur 35)
Nama lainLofa
PendidikanIjazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penulis, ahli perniagaan, jurucakap produk
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian1.57 m (5 ka ​1 1316 in)
PasanganHaris Ismail (k. 2021)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Mohd Noor (bapa)
  • Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu)
  • Dato' Abdul Halim Khan Lall Khan (bapa tiri)
SaudaraAdamdidam (sepupu)
Keluarga
  • Noor Sara Dinna (kakak)
  • Noor Nabila (kakak)
  • Noor Nellisa (adik)
  • Mohd Aqief (adik)
  • Putri Nur Athira (adik tiri)
  • Nur Athisha (adik beradik seibu)
  • Nur Ameera (adik beradik seibu)
  • Mohamed Faliq (adik beradik seibu)
  • Mohamed Firdaus (adik beradik seibu)

Noor Neelofa Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989)[1] ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan.[2] Pada tahun 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Beliau juga telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports.[3]

Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.[4] yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada tahun 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung.

Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia.[5]

Pada 18 Jun 2020, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan.[6]

  1. ^ "Biodata dan Profil Lengkap Neelofa". 2012-02-01. Dicapai pada 2012-08-22.[pautan mati kekal]
  2. ^ Kenneth Chaw (2 October 2014). "Neelofa is calm in the eye of the storm". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-14. Dicapai pada 2 Oktober 2014.
  3. ^ Neelofa spearheads CelebExports programme with MATRADE New Straits Times. Dicapai pada 30 April 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (2016-11-14). "Suri Hati Mr Pilot selamatkan rumah tangga penonton - Neelofa". Berita Harian. Dicapai pada 2016-11-29.
  5. ^ Ramlah Zainal (2017-03-23). "Lofa masuk Forbes Asia". Harian Metro. Dicapai pada 2017-03-23.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Jun 2020). Pertubuhan Kasih Neelofa bantu orang susah Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.

Previous Page Next Page






نيلوفا ARZ Neelofa BDR Neelofa DTP Neelofa English Neelofa ID Neelofa MIN 妮罗法 Chinese

Responsive image

Responsive image