Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja (Bahasa Inggeris: Commonwealth of Nations) merupakan satu persatuan yang melibatkan negara-negara berdaulat yang memperoleh kemerdekaan oleh British atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Amerika Syarikat, yang tidak terlibat dalam kesatuan ini.
Bukan semua ahlinya mengiktiraf raja British, Raja Charles III sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara termasuk dalan Alam Komanwel ataupun "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahli-ahli persatuan ini pula bersifat republik manakala sebahagian negara-negara yang lain pula mempunyai sistem beraja mereka yang tersendiri seperti Malaysia, Brunei dan Tonga. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Raja Charles III sebagai Ketua Komanwel.
|dead-url=
ignored (bantuan)