Negara–negara bekas Kesatuan Soviet[1] (juga dikenali sebagai negara–negara pasca-Soviet atau negara bekas Republik Soviet) merupakan 15 buah negara merdeka yang terbentuk selepas terbubarnya Kesatuan Republik Sosialis Soviet pada Disember 1991. Pada 16 Februari, Lithuania adalah negara pertama yang memperoleh kemerdekaannya dan kemudian pada Ogos 1991, Latvia dan Estonia pula berada dibawah keberterusan negara.[2][3] 12 negara yang lain dianggap telah berpisah daripada Kesatuan Soviet dan dengan itu dirujuk sebagai Negara–negara Merdeka Baru (NIS).[2] NIS kemudiannya membentuk Komanwel Negara-negara Merdeka (KNNM) dan majoritinya menyertai Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (PPKK), manakala negara–negara Baltik menjauhkan diri daripada kesatuan tersebut dan sebaliknya menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
|coauthors=
(bantuan)