Negeri Naungan Bohemia dan Moravia Protektorat Böhmen und Mähren Protektorát Čechy a Morava | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1939–1945 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: Kde domov můj? "Where is my home?" | |||||||||
![]() Negeri Naungan Bohemia dan Moravia pada tahun 1942. | |||||||||
Status | Negeri naungan berautonomi Jerman[1] | ||||||||
Ibu negara | Prague | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Czech, Bahasa Jerman | ||||||||
Penaung Reich | |||||||||
• 1939–1943 | Konstantin von Neurath | ||||||||
• 1941–1942 | Reinhard Heydrich (pemangku) | ||||||||
• 1942–1943 | Kurt Daluege (pemangku) | ||||||||
• 1943–1945 | Wilhelm Frick | ||||||||
Presiden | |||||||||
• 1939–1945 | Emil Hácha | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1939 | Rudolf Beran (pemangku) | ||||||||
• 1939–1941 | Alois Eliáš | ||||||||
• 1942–1945 | Jaroslav Krejčí | ||||||||
• 1945 | Richard Bienert | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia II | ||||||||
15 Mac 1939 | |||||||||
11 Mei 1945 | |||||||||
Keluasan | |||||||||
1939 | 49,363 km2 (19,059 bt2) | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1939 | 7380000 | ||||||||
Mata wang | Koruna Protektorat | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() |
Negeri Naungan Bohemia dan Moravia (Jerman: Protektorat Böhmen und Mähren ; Czech: Protektorát Čechy a Morava ) adalah negeri naungan Jerman Nazi bermajoriti etnik Czech yang ditubuhkan selepas pendudukan Jerman ke atas Czechoslovakia dengan pengilhakkan wilayah Sudetenland dari Tanah Czech sebagai sebuah Reichsgau. Ekoran penubuhan Republik Slovakia merdeka pada 14 Mac 1939, dan pendudukan Jerman keatas saki baki negara Czech pada keesokkan harinya, protektorat (negeri naungan) telah ditubuhkan pada 16 Mac 1939 oleh satu pengisytiharan Adolf Hitler dari Istana Prague.
Kerajaan Jerman mewajarkan campur tangannya dengan mendakwa bahawa Czechoslovakia telah terjerumus kedalam huru hara kerana negara tersebut telah berpecah belah disebabkan sempadan etnik, dan dengan itu tentera Jerman sedang berusaha untuk memulihkan ketenteraman di rantau ini.[2] Czechoslovakia pada masa itu dibawah Presiden Emil Hácha telah mengejar dasar luar yang pro-Jerman; walau bagaimanapun, dalam perjumpaan dengan Führer Adolf Hitler Jerman, Hácha tunduk kepada permintaan Jerman dan mengeluarkan deklarasi yang menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa yang berlaku beliau menerima takdir rakyat Czech akan ditentukan oleh negara Jerman; Hitler menerima deklarasi Hácha dan mengumumkan bahawa Jerman akan memberikan rakyat Czech dengan sebuah protektorat berautonomi yang ditadbir oleh etnik Czech.[2] Hácha telah dilantik presiden protektorat pada hari yang sama.
Bohemia merupakan sebuah wilayah autonomi yang ditadbir Nazi dimana kerajaan Jerman menganggap ia sebahagian daripada Reich Jerman Raya.[1] Kewujudan negara tersebut berakhir dengan penyerahan kalah Jerman kepada Pihak Sekutu pada Mei 1945.