Nelydia Senrose | |
---|---|
Kelahiran | Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen 30 Julai 1994 |
Pendidikan | Psikologi |
Pusat pendidikan | Universiti SEGI |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2007–kini |
Pasangan | Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid (k. 2019) |
Ibu | Rosmizai Mohd Noor |
Bapa | Nik Sen Mat Rifin |
Saudara | Nelissa Senrose (Kakak Kandung) Uqasha Senrose (Kakak Kandung) Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu) Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu) Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu) Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu) Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu) Oktovia Manrose (Sepupu Belah Ibu) Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu) |
Keluarga | Rosnah Mohd Noor (Ibu Saudara) |
Hajah Nik Zaris Nelydia Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Hajah Nelydia Senrose[1] ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon.[2] Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah berlakon dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa (2012) sebagai Ersalina.[3]
Nelydia juga terkenal dengan pelbagai peranan lakonan di televisyen termasuk Friday I'm In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.[4]