Penemuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | Urbain Le Verrier John Couch Adams Johann Galle | ||||||||
Tarikh penemuan | 23 September 1846 | ||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||
Epok J2000 | |||||||||
Afelion | 4,536,874,325 km 30.327 131 69 AU | ||||||||
Perihelion | 4,459,631,496 km 29.810 795 27 AU | ||||||||
Paksi semimajor | 4,498,252,900 km 30.068 963 48 AU | ||||||||
Kesipian | 0.008 585 87 | ||||||||
Tempoh qamari | 367.49 hari | ||||||||
Kelajuan purata orbit | 5.432 km/s | ||||||||
Kecondongan | 1.769 17° (6.43° dari khatulistiwa Matahari) | ||||||||
Longitud nod menaik | 131.721 69° | ||||||||
Satelit | 13 | ||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||
Jejari khatulistiwa | 24,764 km [1] (3.883 kali Bumi) | ||||||||
Jejari kutub | 24,341 km (3.829 kali Bumi) | ||||||||
Luas permukaan | 7.619×109 km² (14.94 kali Bumi) | ||||||||
Isi padu | 6.254×1013 km³ (57.74 kali Bumi) | ||||||||
Jisim | 1.0243×1026 kg (17.147 kali Bumi) | ||||||||
Min ketumpatan | 1.638 g/cm³ | ||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 11.15 m/s2 (1.14 g) (pada 1 bar) | ||||||||
Halaju lepas | 23.5 km/s | ||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | 16.11 h (16 j 6 min 36 s) 1 | ||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 2.68 km/s = 9660 km/j (di khatulistiwa) | ||||||||
Kecondongan paksi | 28.32° | ||||||||
Jarak hamal kutub utara | 299.33° (19 j 57 min 20 s) | ||||||||
Keserongan kutub utara | 42.95° | ||||||||
Albedo | 0.41 | ||||||||
| |||||||||
Atmosfera | |||||||||
Tekanan atmosfera | ≫100 kPa | ||||||||
Komposisi | 80% ±3.2% hidrogen, H2 19% ±3.2% helium, He 1.5% ±0.5% metana, CH4 192 ppm hidrogen deuterium, HD 1.5 ppm etana, C2H6 | ||||||||
sunting |
Neptun[2] (Mal., Sin., Bru., disebut [nép.tun], Jawi: نيڤتون ; juga Neptunus Ind.) atau nama lama ia Waruna[3] (Jawi: وارونا ) merupakan planet kelapan dan planet paling jauh jika diukur dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet keempat terbesar berdasarkan diameter (49,530 km) dan planet ketiga terbesar berdasarkan jisim, yakni 17 kali lebih besar daripada Bumi, dan sedikit lebih besar daripada Uranus.[4] Planet ini mengorbit Matahari pada jarak 30.1 unit astronomi (UA) atau sekitar 4,450 juta kilometer. Tempoh putaran planet ini adalah 16.1 jam sedangkan tempoh orbit ialah 164.8 tahun. Planet ini dinamakan sempena Neptunus, dewa lautan masyarakat Romawi, malah simbol astronominya adalah ♆, yakni trisula yang disenjatakan dewa ini.
Neptun ditemukan pada 23 September 1846.[5] Planet ini merupakan planet pertama yang ditemukan melalui ramalan dan pengiraan matematik. Perubahan yang tak terduga di orbit Uranus membuat Alexis Bouvard menyimpulkan bahawa hal tersebut berlaku akibat gangguan graviti daripada planet yang belum dikenal pasti. Jasad ini selanjutnya ditemui oleh Johann Galle di kedudukan yang diramalkan oleh Urbain Le Verrier. Satelit alam terbesarnya, Triton, ditemukan segera sesudahnya, sementara 12 satelit alam lainnya baru ditemukan oleh teleskop pada abad ke-20. Neptun telah dikunjungi oleh satu prob angkasa iaitu Voyager 2 yang terbang melewati planet tersebut pada 25 Ogos 1989.[6]
Komposisi unsur planet ini mirip Uranus, dan komposisi kedua-dua planet berbeza daripada gergasi-gerasi gas Musytari dan Zuhal. Atmosfera planet mengandungi hidrogen, helium, hidrokarbon, kemungkinan nitrogen, dan kandungan "ais" yang besar seperti ais air, amonia, dan metana; metana di kawasan paling luar planet ini merupakan salah satu penyebab Neptun nampak kebiruan.[7] Para ahli falak kadang-kadang mengkategorikan Uranus dan Neptunus sebagai "gergasi ais" untuk menekankan perbezaan ini.[8] Bahagian dalam Neptun terdiri dari ais dan batu seperti Uranus.[9]
Sementara atmosfera Uranus secara relatifnya tidak berciri, atmosfera Neptun bersifat aktif dan menunjukkan pola cuaca. Contohnya, pada saat Voyager 2 terbang melewati Neptun pada tahun 1989, Titik Gelap Besar ditemui di kawasan selatan planet yang mirip dengan Titik Merah Besar di Musytari. Pola cuaca tersebut berlaku akibat angin yang sangat kencang, dengan kelajuan hingga 2.100 km/jam.[10] Oleh kerana jarak yang jauh dari Matahari, atmosfera luar Neptun merupakan salah satu tempat terdingin di sistem suria dengan suhu sedingin −218 °C (55 K). Suhu teras planet dikira setinggi 5,400 K (5,000 °C).[11][12] Neptun memiliki sistem gelang yang tipis. Sistem gelang tersebut baru ditemui pada tahun 1960-an dan disahihkan kewujudannya oleh Voyager 2 pada tahun 1989.[13]
Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
|accessdate=
(bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hamilton2
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|journal=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)