Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Neraka dalam anutan agama samawi serta beberapa aliran kepercayaan yang berkaitan merujuk kepada suatu tempat penyeksaan dan kesengsaraan di alam akhirat.
Istilah ini berasal dari kata Bahasa Sanskrit नरक naraka bermakna "tempat seksaan di mana roh disucikan melalui keadaan kesengsaraan". Menurut mitologi Hindu, ia digambarkan sebagai suatu raksasa kejam yang lahir dari bumi, yang dilukiskan sebagai wanita cantik bernama Pertiwi. Naraka akhirnya tewas di tangan ayahnya sendiri, iaitu Betara Wisnu yang dipuja umat Hindu sebagai dewa pemelihara dunia.