New Orleans, Louisiana | |
---|---|
Kota New Orleans | |
Nama panggilan: Kota Bulan Sabit; The Big Easy; The City That Care Forgot; Nawlins; NOLA | |
Koordinat: 29°57′N 90°4′W / 29.950°N 90.067°WKoordinat: 29°57′N 90°4′W / 29.950°N 90.067°W | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Louisiana |
Parish | Orleans |
Diasaskan | 1718 |
Dinamakan bersempena | Philippe II, Duc Orléans (1674–1723) |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Mitch Landrieu (D) |
Keluasan | |
• Penggabungan kota-kaunti | 350 batu persegi (900 km2) |
• Tanah | 169 batu persegi (440 km2) |
• Air | 181 batu persegi (470 km2) |
• Metro | 3,755.2 batu persegi (9,726.6 km2) |
Aras | −6.5 to 20 ft (−2 to 6 m) |
Penduduk | |
• Penggabungan kota-kaunti | 343,829 |
• Estimate (2016)[2] | 391,495 |
• Kepadatan | 980/batu persegi (380/km2) |
• Metro | 1,262,888 (AS: ke−46) |
Demonim | Orang New Orleania |
Zon waktu | UTC−6 (CST) |
• Musim panas (DST) | UTC−5 (CDT) |
Kod kawasan | 504 |
Laman sesawang | nola.gov |
New Orleans (/nuː ˈɔːrlᵻnz, -ˈɔːrli.ənz, -ɔːrˈliːnz/,[3][4] atau /ˈnɔːrlᵻnz/; Perancis: La Nouvelle-Orléans [la nuvɛlɔʁleɑ̃] ( dengar)) adalah sebuah pelabuhan utama Amerika Syarikat serta bandar dan kawasan metropolitan terbesar di negeri Louisiana. Jumlah penduduk bandar ini adalah 343,829 orang mengikut bancian A.S pada tahun 2010.[5][6] Kawasan Metropolitan New Orleans (Kawasan Statistikal Metropolitan New Orleans–Metairie–Kenner) mempunyai penduduk seramai 1,167,764 orang pada tahun 2010 iaitu kawasan ke-46 terbesar di Amerika Syarikat.[7] Kawasan Statistikal Disatukan New Orleans–Metairie–Bogalusa, sebuah kawasan perniagaan yang lebih besar, mempunyai penduduk seramai 1,452,502 orang pada tahun 2010.[8]
New Orleons terkenal dengan senibina senibina Perancis dan Creole Sepanyol yang menonjol, selain warisan silang-budaya dan bahasanya.[9] New Orleans juga terkenal dengan masakan, musik (khususnya sebagai tempat kelahiran jazz),[10][11] dan sambutan serta perayaan tahunannya, paling terkenal adalah Mardi Gras, yang bermula sejak zaman penjajahan Perancis. Kota ini sering dirujuk sebagai "paling unik"[12] di Amerika Syarikat.[13][14][15][16][17]
New Orleans terletak di tenggara Louisiana, dengan Sungai Mississippi melalui di tengah-tengahnya. Kota dan Parish Orleans (Perancis: paroisse d'Orléans ) adalah sejajar.[18] Kota dan parish ini bersempadanan dengan St. Tammany di utara, St. Bernard di timur, Plaquemines di selatan, dan Jefferson di selatan dan barat.[18][19][20] Tasik Pontchartrain, yang mana merupakan sebahagian daripada had kota, terletak di utara dan Tasik Borgne terletak di timur.[20]
Sebelum dilanda Taufan Katrina, Parish Orleans merupakan parish paling ramai penduduk di Louisiana. Setakat tahun 2015,[21] ia menduduki tangga ke-3 dari jumlah penduduk, mengekori jirannya Parish Jefferson, dan Parish Baton Rouge Timur.[21]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama USCensusEst2016
|deadurl=
ignored (bantuan)