Jenis/bentuk sah | Awam: (NYSE: NWS, NYSE: NWSa, ASX:NWS, LSE: NCRA) |
---|---|
Industri | Penyiaran, Penerbitan, Media, Internet, Hiburan |
Pendahulu | Chris-Craft Industries |
Ditubuhkan | Adelaide, Australia (1979) |
Pengasas | Rupert Murdoch |
Dibubarkan | 28 Jun 2013 |
Pengganti | News Corp 21st Century Fox |
Ibu pejabat | Bandaraya New York, dahulunya di Sydney, Australia |
Tokoh penting | Rupert Murdoch Peter Chernin David DeVoe Lawrence Jacobs James Murdoch |
Keluaran | Filem, Televisyen, Kabel, Satelit, Majalah, Akhbar, Buku, Acara sukan, Laman web |
Hasil | ▲$67.8 billion USD (Y.E. Disember 2007) |
Bilangan kakitangan | 53,000 (2007) |
Anak syarikat | News Corp Australia |
Tapak web | www.newscorp.com |
sunting · sunting di Wikidata |
News Corporation (atau News Corp) (NYSE: NWS, NYSE: NWSa, ASX:NWS, LSE: NCRA) ialah konglomerat media yang terbesar di dunia mengikut jumlah pelaburan pasaran[1][2]. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini ialah Rupert Murdoch (seorang warga Australia dan Amerika Syarikat) manakala Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya ialah Peter Chernin.
News Corporation ialah sebuah syarikat awam yang disenaraikan dalam Bursa Saham New York dan Bursa Saham Australia dan juga dalam papan kedua Bursa Saham London. Syarikat ini mula-mulanya ditubuhkan di Australia Selatan, tetapi diperbadankan semula di negeri Delaware, Amerika Syarikat selepas diluluskan majoriti pemegang saham pada 12 November 2004.
Ibu pejabat News Corporation beralamat 1211 Lebuh Americas (Lebuh Keenam), di Bandaraya New York, di koridor kompleks Pusat Rockefeller 1960-an-1970-an.
Hasil pendapatan untuk tahun yang berakhir pada 30 Jun 2007 adalah AS$28.655 bilion dengan pendapatan kendalian sebanyak AS$4.452 bilion, tidak termasuk bahagian pendapatan minoriti News Corporation dari DirecTV dan British Sky Broadcasting. Hampir 70% jualan syarikat dilakukan oleh perniagaannya di AS.