Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Nikotin
Nikotin (atau nikotina) ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin.[1] Kandungan nikotin yang berjumlah surih juga ditemui dalam tumbuhan famili Solanaceae termasuk tomato, terung, ubi kentang, dan lada hijau.[2][3][4]
Nikotin merupakan racun saraf manjur (potent nerve poison) dan digunakan di dalam racun serangga[5][6] kerana sifatnya yang beracun kepada sebarang haiwan yang berkemungkinan akan memakan tumbuhan yang mengandungi bahan ini.
Ia sangat menagihkan, di mana setiap batang rokok mengandungi 2 mg nikotin yang diserap. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai bahan perangsang dalam mamalia, maka kandungannya dalam rokok merupakan salah satu sebab utama rokok digemari dan dijadikan tabiat selain tembakau mentah. Walau bagaimanapun, kandungan nikotin yang tinggi (dari 50 hingga 100 mg) boleh mendatangkan bahaya kepada badan manusia.[7][8][9]
^Ujváry, István (1999). "Nicotine and Other Insecticidal Alkaloids". Dalam Yamamoto, Izuru; Casida, John (penyunting). Nicotinoid Insecticides and the Nicotinic Acetylcholine Receptor. Tokyo: Springer-Verlag. m/s. 29–69.
^"Nicotine (PIM)". Inchem.org. Dicapai pada 19 Disember 2012. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)