Nikotinamida (NAM), juga dikenali sebagai niasinamida, merupakan sejenis vitamin B3 yang terdapat dalam makanan dan digunakan sebagai makanan tambahan dan ubat-ubatan.[2][3][4] Dalam bentuk suplemen, ia diberi melalui mulut untuk mencegah dan merawat pelagra (kekurangan niasin).[3] Walaupun asid nikotinik (niasin) boleh juga diberi kepada pesakit untuk tujuan ini, nikotinamida mempunyai faedah lain iaitu tidak menyebabkan kemerahan kulit.[3] Dalam bentuk krim, ia digunakan untuk merawat jerawat.[4]
Kesan sampingan berkaitan adalah minimum.[5][6] Pada dos yang tinggi masalah kesihatan hati mungkin berlaku.[5] Jumlah pengambilan biasa adalah selamat untuk digunakan semasa kehamilan.[7] Nikotinamida berada dalam keluarga ubat vitamin B, khususnya kompleks vitamin B3.[8][9] Ia merupakan amida kepada asid nikotinik.[5] Makanan yang mengandungi nikotinamida termasuk yis, daging, susu dan sayur-sayuran hijau.[10]
Nikotinamida ditemui di antara tahun 1935 dan 1937.[11][12] Ia wujud pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[13] Nikotinamida boleh didapati dijual secara generik dan melalui kaunter.[8] Di United Kingdom 60 g tiub nikotinamida menelan kos NHS kira-kira £7.10.[4] Secara komersial, nikotinamida diperbuat daripada sama ada asid nikotinik atau nikotinonitril.[12][14] Di sebilangan negara nikotinamida ditambah ke dalam bijirin.[12]
^World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^Schmidberger, J. W.; Hepworth, L. J.; Green, A. P.; Flitsch, S. L. (2015). "Enzymatic Synthesis of Amides". Dalam Faber, Kurt; Fessner, Wolf-Dieter; Turner, Nicholas J. (penyunting). Biocatalysis in Organic Synthesis 1. Science of Synthesis. Georg Thieme Verlag. m/s. 329–372. ISBN9783131766113. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-05.