Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Nimfa

Dalam mitologi dan penceritaan masyarakat Yunani Purba, hutan belantara sering dikunjungi semangat berupa dayang iaitu nimfa (Bahasa Yunani Kuno: νύμφη, nýmphē; loghat Doria dan Aeolia: νύμφα nýmphā[1]).

Mereka diceritakan sering berkerumun di mata air dan mempunyai kuasa sakti seperti menyembuh sakit,[2] menilik nasib dan menjelma.[3] Mereka juga diceritakan menjadi pendamping dewa-dewi kuat - misalnya anak-anak Pleione yang menjadi pendamping dewi Artemis. Mereka diceritakan sering bersikap lantang dan sering menggoda manusia.[4][5] Hampir semua nimfa hidup abadi kecuali Hamadryas yang bergantung kepada pokok khusus.[5]

  1. ^ "Online Etymology Dictionary". etymonline.com.
  2. ^ Larson 2001, m/s. 5.
  3. ^ Larson 2001, m/s. 11, 71.
  4. ^ Larson 2001, m/s. 4.
  5. ^ a b Parad, Carlos; Förlag, Maicar (1997). "Genealogical Guide to Greek Mythology: Nymphs". Astrom Editions. Dicapai pada 25 May 2019.

Previous Page Next Page






Nimf AF Nymphe ALS Ninfa AN حورية Arabic Ninfa AST Nimfa AZ Німфы BE Нимфа Bulgarian Nimfezed BR Nimfa BS

Responsive image

Responsive image