Nombor Komuniti Eropah (bahasa Inggeris: European Community number ; nombor EC) ialah suatu pengecam tujuh digit unik yang diberikan kepada bahan-bahan bagi tujuan pengawalseliaan dalam kawasan Kesatuan Eropah oleh Suruhanjaya Eropah. Bahan-bahan yang memiliki nombor EC dibahagikan dalam Inventori EC yang merangkumi tiga inventori individu, EINECS, ELINCS dan senarai NLP.[1]
Nombor EC ditulis secara umumnya dalam format NNN-NNN-R,[2] di mana R ialah suatu digit semak dan N mewakili integer. Digit semak dikira menggunakan kaedah ISBN. Menurut kaedah ini, digit cek R adalah jumlah aritmetik modular 11 berikut:
Sekiranya baki R ialah 10, gabungan nombor tersebut tidak akan diambil kira bagi penggunaan nombor EC.