![]() |
Nori (海苔, のり , Cina tradisional: 海苔 ; pinyin: hǎitái, Korea: 김, rumi: gim ) ialah bahan makanan berupa helaian rumpai laut kering yang digunakan sebagai hiasan dan penyedap pelbagai macam masakan Jepun, lauk sewaktu makan nasi, dan bahan makanan ringan seperti senbei. Bahan asasnya ialah alga jenis Porphyra seperti P. yezoensis dan P. tenera.
Walaupun warna tidak dapat dijadikan penilaian kualiti, helaian nori berkualiti tinggi umumnya berwarna hitam kehijauan, sedangkan nori berkualiti lebih rendah berwarna hijau hingga hijau muda.