Markas Besar Angkatan Tentera | |
---|---|
Oberkommando der Wehrmacht | |
![]() | |
Aktif | 4 Februari 1938 – 8 Mei 1945 |
Negara | ![]() |
Kesetiaan | Der Fuhrer Adolf Hitler |
Jenis | Markas Besar |
Peranan | Secara nominal menyelia: |
Sebahagian daripada | Wehrmacht |
Pangkalan | Maybach 2, Zossen, Berlin |
Nama samaran | OKW |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Komander | |
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera | Adolf Hitler |
Panglima Angkatan Tentera | Wilhelm Keitel |
Ketua Staf Angkatan Tentera | Alfred Jodl |
Tanda kebesaran | |
Bendera Pemerintah Ketua OKW (1938–1941) | ![]() |
Bendera Pemerintah Ketua OKW (1941–1945) | ![]() |
Oberkommando der Wehrmacht (Terjemahan literal: Markas Tinggi Angkatan Tentera; singkatan OKW) adalah markas besar angkatan tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Pentadbiran ini ditubuhkan pada tahun 1938 dengan kuasa yang terhad ke atas Heer, Kriegsmarine dan Luftwaffe. Persaingan dengan Markas Besar Tentera Darat (Oberkommando des Heeres, OKH) menghalang OKW daripada menjadi sebuah markas Staf Am Jerman yang bersatu. Bagaimanapun ia ada menyelaraskan operasi-operasi bersama di antara ketiga-tiga perkhidmatan tentera. Semasa meletusnya Perang Dunia Kedua, OKW dengan Hitler memerintah semakin banyak memperolehi kuasa-kuasa operasi secara menerus. Menjelang tahun 1942 OKW bertanggungjawab terhadap semua teater perang kecuali di Perbatasan Timur menentang KRSS atau Kesatuan Soviet. Hitler memainkan sistem dwikutub untuk memastikan keputusan muktamad berada di tangannya.