Odysseus | |
---|---|
![]() | |
Informasi | |
Pangkat | Raja Ithaca |
Pasangan | Penelope |
Anak | Telemakhos, Telegonos, Kassiphone, Agrius, Anteias, Ardeas, Romos, Poliporthes, Latinos, Nausinous, Nausithous, Euryalus |
Saudara | Laertes (bapa) Anticlea (ibu) Ctimene (adik perempuan) |
Kewarganegaraan | Yunani |
Sebahagian daripada siri |
Mitologi Yunani |
---|
![]() |
Dewa-dewi |
Wira dan kepahlawanan |
Berkaitan |
Portal Yunani Kuno Portal Mitos |
Mitologi tamadun Yunani dan Rom mengenal Odysseus (Bahasa Yunani Kuno: Ὀδυσσεύς, Ὀδυσεύς , Odysseús, Odyseús AFA: [o.dy(s).sěu̯s]; bahasa Latin: Ulysses) seorang raja berbangsa Yunani dari Ithake dalam legenda serta watak utama sajak karangan Homeros bertajuk Odysseia. Odysseus juga mempunyai peranan penting dalam Iliás yang dan karya-karya lain dalam kitaran epik yang sama.
Sebagai anak Laertes dan Anticlea, suami Penelope, dan ayah kepada Telemakhos, Acusilaus dan Telegonos,[1] Odysseus terkenal dengan sifat pintar, serba boleh dan kelicikannya (polytropos). Disebabkan itu dia digelarkan Odysseus yang Licik (μῆτις[2]). Dia paling terkenal kerana nostos atau "kepulangan" dia, yang memakan sepuluh tahun penuh peristiwa selepas sepuluh tahun dalam Perang Troia.[3]