Ohm | |
---|---|
Maklumat unit | |
Sistem unit | Unit terbitan SI |
Unit bagi | Rintangan elektrik |
Simbol | Ω |
Dinamakan sempena | Georg Ohm |
Dalam unit asas SI: | kg⋅m2⋅s−3⋅A−2 |
Ohm (simbol: Ω) adalah unit terbitan SI bagi rintangan elektrik yang dinamakan sempena Georg Simon Ohm, seorang ahli fizik Jerman. Walaupun terdapat beberapa unit piawai empirikal untuk menyatakan rintangan elektrik telah dibangunkan sebelumnya berkaitan dengan permulaan operasi telegraf, Persatuan Kemajuan Ilmu Pengetahuan British mencadangkan suatu unit terbitan dari unit jisim, panjang dan masa yang sedia ada serts bersaiz mudah untuk amalan praktikal seawal tahun 1861. Definisi ohm disemak semula beberapa kali, dengan pentakrifan ohm hari ini dinyatakan daripada kesan kuantum Hall.