Operasi Penyerangan Strategik Belorussia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II | |||||||||
![]() Proses pergerakan tentera semasa Operasi Bagration | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() |
![]() ![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Permulaan: 486,493 "kekuatan garisan depan"[1] 400,000 anggota bantuan dan bukan tempur[2] 118 kereta kebal[3] 377 meriam serangan[3] 2,589 meriam[3] 602 kapal terbang[3] Jumlah:[4] 1,036,760 anggota 800 kereta kebal, 530 meram serangan 10,090 meriam 1,000 – 1,300 kapal terbang |
Jumlah: Glantz and House:[5] 1,670,300 anggota 5,818 kereta kebal 32,968 meriam dan mortar 7,790 kapal terbang Frieser: 2,331,700 askar Soviet (termasuk askar bantuan) 79,900 askar Poland 2,715 kereta kebal[3] 1,355 meriam serangan[3] 24,363 meriam[3] 5,327 kapal terbang[6] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
c. 300,000–550,000 Glantz and House:[5] 450,000 mangsa Frieser: 26,397 terbunuh 109,776 cedera 262,929 hilang atau ditawan keseluruhan 399,102[details][7] Zaloga: 300,000–350,000 terbunuh atau hilang (termasuk 150,000 ditawan)[8] Isayev: 500,000 mangsa[9] Sumber Soviet:[10] 381,000 terbunuh 158,480 ditawan |
c. 800,000 180,040 terbunuh dan hilang 590,848 cedera dan sakit keseluruhan 770,888[11][12] 2,957 kereta kebal dan meriam serangan[13] 2,447 meriam[14] 822 kapal terbang[14] |
Operasi Bagration (/bʌɡrʌtiˈɒn/; Rusia: Oперация Багратио́н , Operatsiya Bagration) adalah nama kod bagi Operasi Penyerangan Strategik Belorussia Soviet 1944 [15] (Rusia: Белорусская наступательная операция «Багратион» , Belorusskaya nastupatelnaya Operatsiya Bagration) semasa Perang Dunia II, yang menghalau tentera Jerman dari RSS Belarusia dan timur Poland antara 22 Jun dan 19 Ogos 1944.[16] Operasi tersebut telah dinamakan sempena Putera Pyotr Bagration yang berketurunan Georgia dari abad ke-18 dan ke-19, merupakan jeneral Tentera Darat Imperial Rusia yang mendapat kecederaan maut dalam Pertempuran Borodino.
Operasi itu menghasilkan kemusnahan lengkap seluruh kumpulan tentera darat Jerman, seperti Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-3 Panzer dan Tentera Darat Ke-9 Kumpulan Tentera Darat Tengah. Ia dianggap kekalahan yang paling membawa bencana kepada angkatan tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua.[17][18] Pada penghujung operasi sebahagian besar barat Kesatuan Soviet telahpun dibebaskan dan Tentera Merah telah bertapak di Romania dan Poland. Pihak Jerman kehilangan lebih setengah juta askar yang terbunuh atau cedera, lebih tinggi daripada jumlah di Verdun pada tahun 1916.[19]
Ketumbukan darat Soviet yang terlibat langsung dalam Operasi Bagration ialah Barisan Pertama Baltik dibawah Jeneral Ketumbukan Ivan Bagramyan, Barisan Pertama Belorussia diperintah oleh Jeneral Ketumbukan Konstantin Rokossovsky, Barisan Ke-2 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral G. F. Zakharov, dan Barisan Ke-3 Belorussia diperintah oleh Kolonel Jeneral Ivan Chernyakhovsky.
Tentera Merah mengamalkan konsep operasi jauh mendalam dan maskirovka Soviet. Operasi Bagration mengalihkan pasukan simpanan mudah gerak Jerman ke sektor tengah, mengeluarkan mereka daripada kawasan Lublin-Brest, Lvov–Sandomierz, mengizinkan pihak Soviet melaksanakan Penyerangan Lvov–Sandomierz[20] dan Penyerangan Lublin–Brest.[21] Ini membolehkan Tentera Merah menghampiri Sungai Vistula dan Warsaw, seterusnya meletakkan tentera Soviet dalam jarak berdekatan Berlin, menepati konsep operasi jauh mendalam Soviet — jauh kedalam pendalaman strategik musuh.[22]