Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Optoelektronik

Optoelektronik ialah satu cabang ilmu yang mengkaji peralatan dan kelengkapan elektronik yang memanipulasi perubahan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan sebaliknya daripada tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Nama Optoelektronik ialah hasil gabungan perkataan Optik dan Elektronik kadangkala juga disebut sebagai Optotronik atau Optronik. Nama Elektro-optik turut digunakan. Namun, nama ini adalah kurang tepat kerana elektro-optik sebenarnya merujuk kepada satu bidang fizik yang lebih luas yang turut mengkaji perubahan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya atau sebaliknya, tetapi tidak hanya tertumpu kepada peralatan elektronik sahaja.

Dalam cabang ilmu ini, kelebihan yang didapati daripada kedua-dua bidang fizik yang utama iaitu optik dan elektrik (atau elektronik), digabungkan untuk menghasilkan satu peralatan yang jauh lebih baik dan lebih cekap daripada yang sedia ada. Sebagai contoh, di dalam elektronik, penyediaan dan pemprosesan maklumat adalah lebih pantas dan lebih cekap berbanding teknologi sebelumnya seperti peralatan mekanikal. Manakala di dalam optik, cahaya boleh bergerak jauh lebih pantas daripada elektronik dan mampu menampung jauh lebih banyak maklumat kerana kekerapan (atau frekuensi) yang jauh lebih besar dan meluas. Apabila kedua-dua faedah ini digabungkan, terhasillah satu peralatan yang jauh lebih berkuasa berbanding perlatan-peralatan yang hanya memanipulasi satu faedah sahaja.

Dalam bidang optoelektronik ini, cahaya yang dikaji merangkumi semua spektrum elektromagnet yang lainnya - daripada cahaya yang boleh dikesan oleh mata manusia sampailah kepada sinar gamma. Oleh yang demikian, bidang ini tergolong di dalam cabang ilmu Fotonik. Asas utama yang membentuk cabang ilmu ini ialah sifat-sifat mekanik kuantum yang ada pada cahaya serta kesannya ke atas bahan-bahan separa pengalir.


Previous Page Next Page