Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Orang Belanda (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
![]() • Kanak-kanak perempuan Belanda dalam pakaian Belanda (192an) • | |
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
![]() | 13,186,600 [1] |
![]() | 121,489 orang, dengan 59,000 di kawasan sempadan (tidak termasuk orang Belanda-Belgium) [2] |
![]() | 114,087 orang, dengan 41,000 orang di kawasan sempadan[3] |
![]() | 120,000[4] |
![]() | 110,000[5] |
![]() | 40,000[6] |
![]() | kk. 85,000[7] |
![]() | 40,000 to 45,000[8] |
![]() | kk. 25,000[9] |
![]() | kk. 30,000[10] |
![]() | 16,143[11] |
Bahasa | |
Bahasa Belanda | |
Agama | |
Protestan (kebanyakannya Calvinis), Roman Katolik, agnostisisme, ateisme, dan lain-lain. [12][13][14] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Frisian |
Orang Belanda (bahasa Belanda: Nederlanders; terjemahan harfiah: 'penduduk tanah pamah') ialah sebuah kelompok etnik yang merupakan sebahagian besar penduduk di Belanda (13 juta pada tahun 2006). [15] Secara sejarah, orang Belanda tinggal terutamanya di Negeri-negeri Pamah dan Perancis Utara, tetapi sejak dari abad ke-12, mereka telah berhijrah ke seluruh dunia. [16]
Orang Belanda terutamanya berketurunan daripada berbagai-bagai puak Germanik, [17] [18] dan menuturkan bahasa Belanda, sejenis bahasa Germanik. [19]
Kawasan yang kini dikenali sebagai Belanda telah dihuni secara tetap sejak dari Zaman Neolitik lagi. Orang Belanda berketurunan khususnya daripada kaum Frank kuno. [20] Mereka agak tidak dikenali ketika bekas Belanda Burgundy, atas alasan politik, agama, dan kebudayaan, memberontak terhadap Sepanyol Habsburg, negara yang paling kuat di Eropah ketika itu dalam apa yang kemudian menjadi perjuangan untuk kemerdekaan yang berlangsung selama lapan puluh tahun (1568-1648).
Orang Belanda "Black Dutch" muncul daripada perang itu dengan kemenangan dan mengasaskan Republik Belanda, negara Belanda merdeka yang pertama dalam sejarah. Negara ini kemudian menjadi salah satu Kuasa Agung di Eropah dan bersaing untuk kekuasaan tentera laut selama hampir seabad.
Semasa Zaman Imperialisme, Empayar Belanda menguasai 3.7 juta km² permukaan bumi dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 80 juta orang pada tahun 1940. [21] (Jumlah penduduk dunia ketika itu adalah 2.3 bilion orang.)
Pada hari ini, orang Belanda dan keturunan-keturunannya boleh ditemukan di seluruh dunia, khususnya di Eropah, benua Amerika, Afrika Selatan, dan Oceania. Komuniti-komuniti mereka berbeza-beza antara komuniti terasimiliasi dan komuniti terasing.