Jumlah penduduk | |
---|---|
69,256 (2000)[1] 72,000 (2023) [2] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Borneo: | |
Malaysia (Sarawak) | 56 600 (2023)[3] |
Indonesia (Kalimantan Timur) | 34,000 (2020)[3] |
Bahasa | |
Bahasa Kenyah (Kenyah Arus Perdana), Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Sarawak | |
Agama | |
Kristian (Majoriti 94,27%), Bungan (Agama rakyat),[4] Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang Bagai, Kayan, Orang Penan |
Orang Kenyah ialah salah satu kelompok besar dari orang Dayak yang menetap secara luas di daerah Telang Usan dan Belaga dalam bahagian Miri, Kapit dan Bintulu di Sarawak, Malaysia serta minoriti di Kalimantan, Indonesia. Mereka digolongkan bersama-sama dengan puak-puak asal di Utara Sarawak seperti puak Kayan, Penan, Kelabit, Lun Bawang lalu membentuk golongan yang lebih umum, iaitu puak Orang Ulu. Di Kalimantan pula, orang Kenyah tergolong dalam istilah yang lebih besar iaitu kaum Dayak.
Kaum Kenyah terdiri daripada kumpulan sub-kaum kecil seperti Kenyah Lirung (Long Nuah), Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kenyah Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Uma' Sambop, dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan dikatakan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang adalah kacukan antara Lenjau dan Suuh Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah. Di anggarkan populasi 56 600 orang Kenyah di Sarawak.