Terdapat suatu masyarakat peribumi yang menghuni Kepulauan Selat Torres sebahagian daripadanya terletak di luar pesisiran negeri Queensland, Australia. Budaya dan genetik mereka ada berhubungan dengan orang-orang Melanesia dan peribumi Papua Nugini.
Golongan ini dipandang sebagai etnik yang berbeza malah dilihat terpisah atau berasingan berbanding dengan orang Aborigin yang hidup berpendudukan di kawasan-kawasan lain dalam tanah besar Australia,. Ada juga seberapa orang daripada kalangan masyarakat Kepulauan ini yang hidup berdekatan pesisir daratan utama di Bamaga dan Seisia.