Jumlah penduduk | |
---|---|
37,000[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Singapura | |
Bahasa | |
bahasa Kristang, bahasa Inggeris, bahasa Melayu | |
Agama | |
umumnya Kristian aliran Katolik, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Eurasia, Diaspora Portugis, Bumiputera |
Papia Kristang ialah bangsa Serani iaitu hasil kacukan masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Seperti masyarakat Baba Nyonya, masyarakat papia kristang masih lagi wujud di Melaka dan Pulau Pinang. Nama-nama yang terkenal untuk kaum serani atau papia kristang adalah seperti Tony Fernandes pemilik AirAsia, Jeremy Monteiro seorang pemuzik yang terkenal, Elaine Daly, Hans Isaac, Cheryl Samad, dan Pierre Andre.[perlu rujukan]
Kristang merupakan etnik kacukan ("creole") campuran keturunan orang Portugis dan Melayu, sungguhpun terdapat campuran Cina, India dan leluhur lain disebabkan perkahwinan campur yang biasa di kalangan Kristang, yang timbul di Melaka (Malaysia) antara abad ke-16 dan ke-17. Sesetengah mereka bertutur dalam bahasa Kristang, sejenis bahasa creole yang berasaskan bahasa Portugis. Salah faham biasa ialah bahasa Kristang merupakan campuran Portugis dan bahasa Melayu, tetapi sebenarnya bahasa Melayu menyerap sebahagian perkataan Kristang. Sebagai contoh, "Garfu" ialah perkataan Kristang, dan juga "Almari".[perlu rujukan]
Masyarakat Kristang dipercayai bermula sebahagiannya daripada hubungan dan perkahwinan antara wanita tempatan dan lelaki Portugis (pelaut, askar, pedagang, dll.) yang datang ke Melaka semasa zaman penjelajahan Portugis.[perlu rujukan]
Nama ini datangnya daripada creaole Portugis kristang ("Kristian"), ia sendiri daripada bahasa Portugis cristão.[perlu rujukan] Sinonim lain bagi masyarakat Portugis ialah Serani (ringkasan bagi "Nasrani", yang bererti pengikut Jesus dari Nazarene); dan "Gragok" (istilah kreol bagi "Geragau" atau udang, merujuk kepada fakta bahawa keturunan Portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang). Masyarakat mereka sendiri mengelar diri mereka sebagai Gente Kristang ("Orang Kristian").[perlu rujukan]
Orang Kristang bertutur Bahasa Kristang yang asal usulnya daripada Bahasa Portugis lama dan bercampur dengan Bahasa Baba serta Bahasa Melayu.