Jumlah penduduk | |
---|---|
s. 330,000[1] (anggaran 1999) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Brunei (Seluruh negara Brunei) Malaysia Sarawak (Miri, Lawas dan Limbang) Sabah (Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu) Labuan | |
Bahasa | |
Melayu Brunei dan Melayu Baku (dialek Sabah dan dialek Sarawak) | |
Agama | |
Kebanyakannya Sunni Islam (Mazhab Syafii) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu lain, Lun Bawang/Lundayeh, Kedayan |
Orang Melayu Brunei[nota 1] (Jawi: اورڠ ملايو بروني) adalah sub-etnik atau suku orang Melayu yang menetap di seluruh negara Brunei dan di kawasan pantai barat selatan wilayah Sabah, seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dan sebelah utara wilayah Sarawak.[2][3]
Orang Melayu Brunei adalah subkumpulan daripada populasi etnik Melayu yang lebih besar yang terdapat di bahagian lain Alam Melayu, iaitu Semenanjung Melayu dan kawasan tengah dan selatan negeri Sarawak termasuk tanah jiran seperti Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand, mempunyai perbezaan yang ketara terutamanya dalam bahasa dan budaya, walaupun mereka mempunyai pertalian etnik antara satu sama lain dan menganuti ajaran Islam.
Semua orang Melayu Brunei yang lahir atau bermastautin di Malaysia Timur walaupun turun-temurun sebelum atau selepas kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak daripada Empayar British melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963 juga dianggap sebagai Melayu Malaysia dalam bancian negara dan berada dalam status yang sama seperti orang Melayu Malaysia yang bermastautin di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan bahagian tengah dan selatan Sarawak.
Mereka juga ditakrifkan sebagai sebahagian daripada klasifikasi kaum Bumiputera bersama-sama sebagai subkumpulan dalam populasi etnik Melayu Malaysia bersama-sama dengan Kadazan-Dusun, Orang Ulu, Iban, Portugis Melaka, Murut, Orang Sungai, Bajau, Suluk dan Siam Malaysia.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan