Orbit Geopegun (bahasa Inggeris: geostationary orbit ) ialah orbit geosegerak yang mengikut arah putaran Bumi pada altitud 35,786 km (22,236 bt) atas khatulistiwa dan mempunyai kesipian orbit menghampiri sifar.
Apa-apa objek dalam orbit geopegun akan kelihatan seakan-akan tidak bergerak oleh pemerhati diatas permukaan Bumi, kerana tempoh orbit objek di mengelilingi Bumi adalah sama dengan tempoh putaran Bumi. Idea satelit geopegun untuk tujuan komunikasi diterbitkan pada tahun 1928 oleh Herman Potočnik dalam tulisanya yang berjudul Das Problem der Befahrung des Weltraums (Masalah Perjalanan Angkasa Lepas).[1] Konsep orbit geopusat kemudian dipopularkan oleh penulis cereka sains, Arthur C. Clarke pada 1940-an sebagai cara untuk merevolusikan sistem telekomunikasi.[2][3] [4]Satelit pertama yang diletakkan pada orbit ini dengan berjaya ialah Syncom 3 yang dilancarkan pada tahun 1964.