Organ (bahasa Greek όργανον - organon, "organ, alat, peralatan") ialah alat muzik papan nada yang dimain dengan bod pedal, dan satu atau lebih papan nada manual.
Alat ini merupakan salah satu alat muzik tertua dalam tradisi muzik Barat. Saiz besar komponen-komponen ia mengharuskan alat dirumahkan dalam binaan lebih besar seperti gereja, dewan konsert dan rumah agam.
Nama alat ini organ menyerap bahasa Yunani Kuno ὄργανον órganon,[1] "alat" (tool),[2] melalui bahasa Latin organum yang mengkhusus kepada sejenis alat dimainkan untuk menghiburkan para hadirin acara sarkas semasa zaman Rom Purba.