Organisasi Papua Merdeka OPM | |
---|---|
![]() | |
Pemimpin | Jacob Hendrik Prai |
Kawasan utama | Papua dan Papua Barat |
Ideologi | Nasionalisme Papua |
Sekutu | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Lawan | ![]() ![]() |
Bendera | ![]() |
Organisasi Papua Merdeka (bahasa Inggeris: Free Papua Movement , OPM) merupakan istilah payung untuk gerakan kemerdekaan yang ditubuhkan pada tahun 1965 di wilayah Papua Barat atau Nugini Barat yang kini sedang ditadbir oleh Indonesia sebagai provinsi-provinsi Papua dan Papua Barat, juga dikenali sebelumnya sebagai Papua, Irian Jaya dan Irian Barat.[10]
Gerakan tersebut terdiri daripada tiga unsur:
Sejak permulaanya, OPM mencuba untuk mengadakan dialog diplomatik serta kegiatan yang dilihat menegaskan kedaulatan mereka seperti menerbangkan Bendera Bintang Kejora dan menjalankan tindakan-tindakan militan sebagai sebahagian daripada konflik Papua. Penyokong-penyokongnya memaparkan Bendera Bintang kejora dan simbol-simbol perpaduan Papua yang lain secara berkala, seperti lagu kebangsaan "Hai Tanahku Papua" dan lambang negara diguna pakai tahun 1961 hingga penaklukan dan pemerintahan Indonesia bermula pada bulan Mei 1963 di bawah Perjanjian New York.
Organisasi ini pada asalnya adalah gerakan kerohanian Cargoisme iaitu kumpulan kebatinan yang menggabungkan kepercayaan adat dan Kristian yang dibentuk oleh ketua distrik Demta, Aser Demotekay. Bagaimanapun, Aser bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dan melarang tindakan militan. Walaupun pengikut Aser, Jacob Prai kemudian meneruskan gerakan itu dengan militan. Kumpulan kedua datang dari Manokwari pada tahun 1964, wataknya ialah Terianus Aronggear. Beliau mengasaskan 'Organisasi Perjuangan Menuju Kemerdekaan Negeri Papua Barat'. Organisasi ini juga beroperasi secara rahsia. Kemudian, organisasi Terianus ini dikenali sebagai Organisasi Papua Merdeka (OPM).[11] Berdasarkan pengakuan Nicolaas Jouwe, bekas aktivis OPM, terdapat campur tangan Belanda dalam melatih pemuda Papua yang kemudiannya diminta menubuhkan OPM.[12]
Gerakan militan ini dianggap sebagai gerakan pemisah di Indonesia di mana sebarang kegiatan yang dianggap menghasut atau memicu"" kemerdekaan provinsi-provinsi tersebut boleh didakwa atas tuduhan "pengkhianatan".[13]