Osteoartritis | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | M15-M19, M47 |
ICD-9 | 715 |
OMIM | 165720 |
P. Data Penyakit | 9313 |
MedlinePlus | 000423 |
eMedicine | med/1682 orthoped/427 pmr/93 radio/492 |
MeSH | D010003 |
Penafian perubatan |
Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai radang sendi merosot atau penyakit sendi merosot atau osteoartrosis, ialah sekumpulan keabnormalan mekanikal melibatkan degradasi sendi,[1] termasuk rawan sendi dan tulang subkondral. Gejala boleh termasuk nyeri sendi, ketenderan, kekakuan, penguncian, dan kadang-kadang efusi. Pelbagai sebab—kebakaan, perkembangan, metabolisme, dan defisit mekanikal—boleh memulakan proses yang membawa kepada kehilangan tulang rawan. Apabila permukaan tulang menjadi kurang dilindungi dengan baik oleh rawan, tulang boleh terdedah dan rosak. Sebagai hasil pergerakan berkurang sekunder kepada nyeri, otot rantauan boleh mengalami atropi, dan ligamen menjadi lebih kendur.[2]