Bandaraya Ottawa | |
---|---|
Bandar raya | |
City of Ottawa (Inggeris) Ville d'Ottawa (Perancis) | |
Nama panggilan: "Bytown"[1] | |
Cogan kata: "Advance-Ottawa-En Avant" Ditulis dalam dua bahasa rasmi.[2] | |
country | Kanada |
Provinsi | Ontario |
Kawasan | Kawasan Ibu Negara |
Ditubuhkan | 1826 sebagai Bytown[3] |
Diperbadankan | 1855 sebagai bandar raya Ottawa[3] |
Digabungkan | 1 Januari 2001 |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Jim Watson (OLP) |
• Majlis Bandaraya | Majlis Bandaraya Ottawa |
• Ahli Parlimen | Senarai AP |
• Ahli Parlimen Provinsi | Senarai APP |
Keluasan | |
• Bandar raya | 2,778.13 km2 (1,072.9 batu persegi) |
• Bandar | 501.92 km2 (193.79 batu persegi) |
• Metro | 5,716.00 km2 (2,206.96 batu persegi) |
Aras | 70 m (230 ft) |
Penduduk | |
• Bandar raya | 883,391 (ke−4) |
• Kepadatan | 316.6/km2 (820/batu persegi) |
• Bandar | 933,596 |
• Kepadatan bandar | 1,860.1/km2 (4,818/batu persegi) |
• Metro | 1,236,324 (ke−4) |
• Kepadatan metro | 196.6/km2 (509/batu persegi) |
• Demonim[7][8] | Ottawan |
Zon waktu | UTC−5 (Timur (EST)) |
• Musim panas (DST) | UTC-4 (Zom Waktu Timur (EDT)) |
Poskod | K0A, K1A-K4C[2] |
Kod kawasan | 613, 343 |
KDNK | AS$ 58.2 bilion[9] |
KDNK per capita | AS$ 44,149[9] |
Laman sesawang | www.ottawa.ca |
Ottawa (sebutan bahasa Inggeris: /ˈɒtəwə/ ( dengar) atau /ˈɒtəwɑː/; bahasa Perancis: [ɔtawa]) ialah ibu negara bagi Kanada. Ia terletak di tebing selatan sungai Ottawa di bahagian timur selatan Ontario. Ottawa bersempadan dengan Gatineau, Quebec; di mana kedua-dua bandar raya ini membentuk kawasan metropolitan bancian Ottawa–Gatineau (CMA) dan Kawasan Ibu Negara (NCR). Bancian pada tahun 2011 melaporkan terdapat 883,391 orang penduduk di Ottawa, menjadikannya bandar keempat terbesar di Kanada; dan 1,236,324 dalam kawasan CMA, menjadikannya CMA keempat terbesar di Kanada. Bandar raya Ottawa dilaporkan mempunyai anggaran penduduk seramai 960,754 pada Disember 2015.
Diasaskan sebagai Bytown pada 1826 dan digabungkan sebagai "Ottawa" pada 1855, bandar raya ini telah berkembang menjadi pusat siasah dan teknologi di Kanada. Sempadan asalnya telah dikembangkan melalui beberapa pengilhakan kecil dan akhirnya telah digantikan dengan penubuhan bandar baru dan penggabungan besar pada 2001, yang menyebabkan kawasan tanahnya semakin membesar. Nama "Ottawa" dipilih sebagai merujuk kepada sungai Ottawa yang berada berdekatan, di mana nama asal sungai itu adalah daripada bahasa Algonquin, Odawa yang bermaksud "untuk berdagang".
Bandar raya ini menempatkan beberapa institusi-institusi pasca menengah, kajian dan kebudayaan, termasuklah Pusat Seni Negara dan Galeri Kebangsaan. Ottawa juga mempunyai taraf hidup tertinggi dan kadar pengangguran yang rendah di dalam negara. Ia berada dalam kedudukan kedua dalam indeks mutu kehidupan Numbeo 2014-2015 di seluruh dunia dan mengandungi satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Inc2014
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Montague
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EdwardsIvison2005
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CityPop
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama UAPop
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CMAPop
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama brookingsgdp