P. Ramlee | |
---|---|
![]() P. Ramlee pada Mei 1954. | |
Kelahiran | Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh 22 Mac 1929 |
Meninggal dunia | 29 Mei 1973 | (umur 44)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Monumen | Pustaka Peringatan P. Ramlee |
Nama lain |
|
Pendidikan |
|
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1945–1973[nota 1] |
Organisasi |
|
Majikan | |
Karya | Senarai penuh |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Ibu bapa |
|
Saudara | Syeikh Ali (abang seibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Irama Malaysia |
Instrumen | |
Syarikat rakaman | EMI |
Tandatangan | |
![]() |
Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (Jawi: تاوكو زكريا بن تاوكو ڽق ڤوتیه; 22 Mac 1929 – 29 Mei 1973),[1] atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee,[2][3] merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya,[4][5][6] yang mana kerjaya lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya, beliau dikenang sebagai ikon terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan Jepun.[7][8][9][10]
Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 filem, 35 daripadanya ialah arahannya, mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya.[11][12] Antara filem-filem terkenal P. Ramlee sebagai pelakon ialah Chinta (1948), Abu Hassan Penchuri (1955), Anak-ku Sazali (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan Masam-Masam Manis (1965). Sebagai pengarah, antara filem-filem arahan beliau ialah Penarek Becha (1955), Pancha Delima (1957), siri filem Bujang Lapok (1957–1961), Tiga Abdul (1964) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Laxmana Do Re Mi (1972) menandakan penampilan layar lebar terakhirnya dalam hayatnya. Kemudian dalam kerjayanya, Ramlee berlakon dalam drama Intan (1970) dan Rantau Selamat (1972). Sebagai penyanyi, antara lagu-lagunya yang terkenal ialah "Azizah", "Getaran Jiwa", "Aci Aci Buka Pintu", "Di Mana Kan Ku Cari Ganti", "Jeritan Batinku" dan "Air Mata di Kuala Lumpur" yang merupakan lagu terakhir yang dirakamkannya sebelum kematiannya.[13][14]
P. Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali dan dikurniakan 10 anak, yang mana 2 daripadanya ialah anak kandungnya. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung. Beliau menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjayanya, memperoleh beberapa kemenangan dari pelbagai badan pemberi anugerah. Antaranya ialah pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4, Tokyo dan Bakat Paling Pelbagai di Festival Filem Asia Pasifik Ke-10, Tokyo.[15][16][17][18]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan