Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pakaian

Bayi yang memakai banyak pakaian musim sejuk.

Pakaian (Tulisan Jawi: ڤاكاين) ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep).Pakaian melindungi badan manusia yang daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.

Manusia juga menghiaskan badan mereka dengan mekap atau kometik, minyak wangi, dan hiasan yang lain; mereka juga menggunting, mencelup, dan mengeset rambut, bulu roma muka, dan badan (sila lihat fesyen rambut), dan kadang juga menandakan kulit mereka dengan tatu, pelelasan, dan penyucukan. Kesemua hiasan ini menyumbangkan kepada kesan keseluruhan dan mesej pakaian, tetapi bukannya pakaian pada dirinya.

Barang-barang yang dibawa tetapi berbanding dipakai (seperti dompet, tongkat, dan payung) biasanya dianggap sebagai hiasan tambahan dan bukan dianggap sebagai pakaian. Barang kemas dan cermin mata juga digolongkan dalam hiasan tambahan walaupun dalam bahasa biasa, barang-barang ini diperihalkan sebagai dipakai dan bukan dibawa.


Previous Page Next Page






Peukayan ACE Klere AF Kleidung ALS U lusid nu Pangcah AMI Ropa AN Clāðas ANG ملابس Arabic لباس ARY هدوم ARZ কাপোৰ AS

Responsive image

Responsive image