Pakatan Besi | |
---|---|
Perjanjian Persahabatan dan Perikatan antara Jerman dan Itali | |
Jenis | Ketenteraan-politik |
Ditandatangani | 22 Mei 1939 di Berlin, Jerman |
Tamat tempoh | 1949 (secara efektif pada 1943) |
Penandatangan | |
Bahasa | Jerman, Itali |
sunting |
Hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah[1]
Pakatan Besi (Jerman: Stahlpakt , Itali: Patto d'Acciaio ), dikenali secara rasmi sebagai Perjanjian Persahabatan dan Perikatan antara Jerman dan Itali, adalah satu perikatan ketenteraan dan politik antara Kerajaan Beraja Itali dan Jerman Nazi.
Pakatan itu pada mulanya di draf sebagai perikatan tentera tiga pihak antara Jepun, Itali dan Jerman. Sewaktu Jepun menginginkan fokus perjanjian ditujukan pada Soviet Union, Itali dan Jerman mahu ia ditujukan pada Empayar British dan Perancis. Disebabkan perselisihan ini, perjanjian itu ditandatangani tanpa Jepun dan menjadi persetujuan antara Fasis Itali dan Nazi Jerman, ditandatangani pada 22 Mei 1939 oleh menteri luar negeri Galeazzo Ciano dari Itali dan Joachim von Ribbentrop dari Jerman.
Perjanjian itu terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah satu deklarasi terbuka kepercayaan dan kerjasama berterusan antara Jerman dan Itali sementara bahagian yang kedua, iaitu "Protokol Tambahan Rahsia", menggalakkan penyatuan dasar ketenteraan dan ekonomi. Walaupun berkuatkuasa selama 10 tahun, ia secara efektif terbatal pada tahun 1943 dengan penyingkiran kerajaan fasis Itali.